sejarah penubuhan koputri

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen  7(1) Akta Koperasi 0993 sebagai suatu koperasi asa dengan liability terhad.


Pada awalnya koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan berkembang sehingga Disember 2012 seramai 22118 anggota berdaftar.


Kekuatan utama kewangan koperasi KOPUTRI ini adalah dengan jumlah keanggotaan yang besar yang dimiliki oleh koperasi. Koperasi menerima pendapatan bulanan tetap yang besar dari kutipan yuran simpanan dan yuran kebajikan daripada anggota-anggota yang mencarum setiap bulan secara tetap.


Pada tahun 2008, koperasi KOPUTRI telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh CIMB bank untuk memasarkan produk kewangan Islam Sektor Awam – I kepada rakyat Malaysia. Dengan itu koperasi KOPUTRI sudah mula memperolehi peningkatan pendapatan yang lebih memuaskan selain daripada pendapatan caruman anggota.


Koperasi KOPUTRI juga akan melancarkan kelab kebajikan dalam masa terdekat ini, dengan tujuan sebagai ‘added value’ kepada ahli yang terlibat dengan gerakan koperasi. Antara yang masih dalam perbincangan ialah ingin memberi biasiswa dan dermasiswa kepada anak-anak anggota yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, penyediaan taska dan pakej melancong kepada anggota yang terpilih. Faedah ini disediakan bagi menarik kesetiaan atau ‘loyalty’ anggota-anggota koperasi.

** Mengikut Terma & Syarat